Minit mesyuarat ialah rekod rasmi perbincangan dan keputusan yang dibuat semasa mesyuarat. Ia penting untuk rujukan, tindakan susulan, dan memastikan semua ahli pasukan kekal selaras. Contoh minit mesyuarat yang baik membantu memudahkan penulisan dan memastikan maklumat disampaikan dengan jelas.

Isi Kandungan

Apa Itu Minit Mesyuarat?

Minit Mesyuarat - mesraHR

Minit mesyuarat merupakan rekod bertulis yang merangkumkan segala perbincangan, keputusan, dan tindakan yang dipersetujui semasa sesuatu mesyuarat berlangsung. Ia bukan sahaja penting sebagai bahan rujukan rasmi, tetapi juga menjadi bukti komunikasi dan perancangan dalam sesebuah organisasi.

Walaupun nampak mudah, penulisan minit memerlukan perhatian terhadap struktur, ketepatan maklumat, dan gaya penulisan yang formal tetapi mudah difahami. Oleh itu, mempunyai contoh minit mesyuarat yang baik sangat berguna, terutamanya bagi mereka yang baru diberi tanggungjawab sebagai setiausaha atau pencatat.

Artikel ini menyediakan contoh minit mesyuarat yang ringkas, jelas, dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis organisasi. Anda juga boleh memuat turun dan ubah suai mengikut keperluan mesyuarat anda.

Mengapa Minit Mesyuarat Itu Penting?

Ia bukan sahaja berfungsi untuk merekodkan keputusan mesyuarat, tetapi juga berperanan sebagai alat komunikasi dalam organisasi. Berikut adalah beberapa alasan mengapa minit mesyuarat sangat penting:

a. Bertindak sebagai rekod rasmi mengenai apa yang telah dibincangkan dan dipersetujui. Ini memastikan tiada maklumat penting yang terlepas atau salah faham selepas mesyuarat berlangsung.

b. Dapat merujuk kepada keputusan mesyuarat dan tindakan lanjut yang perlu dilakukan. Ini membantu mengelakkan kekeliruan tentang apa yang perlu dilakukan selepas mesyuarat.

c. Boleh digunakan untuk menilai kemajuan sesuatu projek atau keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat terdahulu. Ia memberi rujukan kepada semua pihak tentang status tindakan yang perlu diambil.

Berkaitan: Panduan KPI

d. Memastikan akauntabiliti bahawa tindakan yang dijanjikan akan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Struktur Minit Mesyuarat yang Baik

Struktur Minit Mesyuarat - mesraHR

Minit mesyuarat yang baik harus mempunyai struktur yang jelas agar ia mudah dibaca dan difahami. Berikut adalah elemen-elemen penting yang perlu ada dalam minit mesyuarat:

1. Butiran Mesyuarat

  • Tarikh dan masa mesyuarat

  • Tempat mesyuarat

  • Senarai hadir dan ketidakhadiran (jika ada)

2. Agenda Mesyuarat

  • Senaraikan semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat. Ini memberi gambaran keseluruhan tentang topik-topik yang dibincangkan.

3. Perbincangan dan Keputusan

  • Ringkasan perbincangan mengenai setiap agenda.

  • Keputusan yang dicapai dan tindakan yang perlu diambil selepas mesyuarat.

4. Tindakan Susulan

  • Tentukan tindakan susulan yang perlu dilakukan selepas mesyuarat, termasuk siapa yang bertanggungjawab dan tarikh akhir untuk menyelesaikan tugas tersebut.

5. Penutupan Mesyuarat

  • Masa penutupan mesyuarat dan tarikh mesyuarat seterusnya jika perlu.

Contoh Minit Mesyuarat

Berikut adalah contoh minit mesyuarat yang boleh dijadikan rujukan dalam mesyuarat syarikat:

Minit Mesyuarat
Tarikh: 1 Jun 2025
Masa: 10:00 AM – 12:00 PM
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pejabat Utama

1. Kehadiran:

  • Hadir:

    • En. Ali Bin Omar (Pengerusi)

    • Puan Siti Aishah (Setiausaha)

    • En. Ahmad Zaki (Pemasaran)

    • Puan Maria (Sumber Manusia)

  • Tidak Hadir:

    • En. Faizal (Kewangan) – Cuti Sakit

2. Agenda Mesyuarat:

  1. Perkembangan projek pemasaran Q3

  2. Pembahagian tugas untuk projek baru

  3. Penilaian prestasi tahun 2025

  4. Sesi cadangan penambahbaikan proses kerja

3. Perbincangan dan Keputusan:

  1. Perkembangan Projek Pemasaran Q3

    • Perbincangan: En. Ahmad Zaki membentangkan laporan kemajuan projek pemasaran untuk Q3. Terdapat peningkatan 10% dalam jualan daripada kempen digital.

    • Keputusan: Fokus pada kempen media sosial yang lebih agresif untuk Q4.

    • Tindakan: En. Ahmad Zaki akan menyediakan rancangan pemasaran terperinci untuk kempen media sosial dan melaporkan dalam mesyuarat seterusnya.

  2. Pembahagian Tugas untuk Projek Baru

    • Perbincangan: Puan Maria mencadangkan pembahagian tugas bagi projek pembaharuan HR. Semua pekerja akan diberikan tanggungjawab spesifik.

    • Keputusan: Pekerja akan dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk fokus kepada pelaksanaan sistem HR digital.

    • Tindakan: Puan Maria akan mengatur sesi latihan untuk semua staf mengenai sistem baru.

  3. Penilaian Prestasi Tahun 2025

    • Perbincangan: Penilaian prestasi tahun 2025 akan dimulakan bulan depan. Semua jabatan diminta untuk menyediakan laporan prestasi pekerja.

    • Keputusan: Penilaian prestasi akan dilakukan melalui sistem HR digital dan akan memberi tumpuan kepada sasaran jangka panjang.

    • Tindakan: Semua ketua jabatan akan menyediakan laporan prestasi pekerja mereka sebelum akhir bulan ini.

  4. Cadangan Penambahbaikan Proses Kerja

    • Perbincangan: Sesi cadangan penambahbaikan proses kerja dijalankan. Beberapa cadangan digitalisasi proses pengurusan dokumen diterima.

    • Keputusan: Perbincangan lanjut akan dibuat dalam mesyuarat seterusnya.

    • Tindakan: En. Faizal akan membuat kajian tentang perisian pengurusan dokumen digital.

4. Tindakan Susulan:

  • En. Ahmad Zaki akan menyediakan rancangan kempen pemasaran terperinci dalam masa 2 minggu.

  • Puan Maria akan mengatur latihan HR digital sebelum mesyuarat seterusnya.

  • En. Faizal akan menyelidik perisian pengurusan dokumen digital dan menyediakan laporan kajian.

5. Penutupan Mesyuarat:

  • Masa Penutupan: 12:00 PM

  • Tarikh Mesyuarat Seterusnya: 15 Jun 2025, 10:00 AM

Download Template Minit Mesyuarat

Untuk memudahkan pengurusan mesyuarat, kami juga menyediakan template minit mesyuarat percuma yang boleh anda gunakan dalam organisasi anda. Template ini telah direka dengan struktur yang jelas dan mudah diikuti, membantu anda untuk mencatatkan perbincangan dan keputusan mesyuarat dengan lebih efisien. Anda juga boleh mengubahnya mengikut kesesuian.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Mengapakah Minit Mesyuarat Penting?

Ia penting untuk rujukan, tanggungjawab yang jelas dan ketelusan dalam organisasi.

2. Bagaimanakah Cara Mudah Untuk Tulis Minit Mesyuarat?

  • Buat persediaan sebelum mesyuarat
  • Tumpukan perhatian semasa mesyuarat
  • Aplikasikan kaedah penulisan jelas dan ringkas
  • Semak dan susun semula isi kandungan, nota dan agenda

3. Apakah Kesalahan Biasa Dalam Minit Mesyuarat?

Terdapat beberapa kesalahan yang sering berlaku dan cara mengatasinya:

  1. Maklumat tidak lengkap: Gunakan template minit mesyuarat yang disediakan supaya struktur teratur dan mengikut agenda.
  2. Bahasa berbelit-belit: Elakkan menggunakan jargon, gunakan bahasa yang ringkas dan senang difahami oleh semua pihak.
  3. Format tidak betul: Sediakan satu garis panduan yang memudahkan anda mendokumenkan maklumat dengan cepat dan tepat.
  4. Tiada tindakan lanjut: Semak semula tindakan lanjut yang telah dibincangkan dan sahkan dengan ahli mesyuarat lain.

4. Apakah Tanggungjawab Pencatat Minit Mesyuarat?

Pencatat bertanggungjawab merekod perbincangan dan keputusan dengan tepat, mengemas kini maklumat berdasarkan maklum balas dan mengedarkan minit mesyuarat agar komunikasi kekal jelas dan teratur.

Kesimpulan

Minit mesyuarat adalah alat yang sangat penting dalam pengurusan organisasi yang efektif. Dengan menggunakan minit mesyuarat yang berstruktur, anda bukan sahaja dapat merekod keputusan mesyuarat, tetapi juga memastikan bahawa semua tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan teratur dan efisien. Anda juga boleh mencari contoh minit mesyuarat lain sebagai rujukan.

Gunakan template minit mesyuarat percuma yang kami sediakan untuk memudahkan proses ini!

Tingkatkan Pengurusan Syarikat Anda Dengan mesraHR!

Adakah syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana mesraHR ada penyelesaian kepada semua masalah tersebut! Dari pengurusan gaji, pengurusan cuti, tuntutan, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!

Isi butiran di bawah dan telefon kami untuk cuba FREE DEMO sistem mesraHR sekarang!

Lead Form MesraHR BlogPost

Surat Tunjuk Sebab adalah salah satu dokumen yang penting dalam pengurusan disiplin pekerja. Ia biasanya digunakan apabila pekerja didapati melanggar peraturan atau polisi syarikat dan pihak majikan ingin memberikan pekerja peluang untuk menjelaskan tindakan mereka. Surat ini bukan sahaja memberi hak kepada pekerja untuk membela diri, tetapi juga memastikan bahawa prosedur pengurusan disiplin dilakukan dengan adil dan berterusan.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan Tutorial Surat Tunjuk Sebab, bila dan bagaimana ia digunakan, serta contoh surat tunjuk sebab yang boleh membantu majikan dan pekerja memahami proses ini dengan lebih baik.

Isi Kandungan

Pengenalan: Apa Itu Surat Tunjuk Sebab?

Surat Tunjuk Sebab dalam bahasa Inggeris ialah Show Cause Letter, merupakan surat rasmi yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja yang disyaki melakukan kesalahan atau pelanggaran terhadap peraturan syarikat atau kod etika kerja.

Jika pekerja gagal memberikan jawapan yang memuaskan, tindakan disiplin seperti penurunan gaji, penamatan kontrak, atau penggantungan kerja boleh diambil.

Surat ini berfungsi untuk memberi pekerja peluang untuk memberikan penjelasan tentang tindakan mereka sebelum tindakan disiplin lebih lanjut diambil. Artikel ini memberi Tutorial Surat Tunjuk Sebab untuk majikan dan pekerja untuk Master Format dan 1 Contoh di bawah!

1. Bila Surat Tunjuk Sebab Perlu Dikeluarkan?

Surat ini biasanya dikeluarkan apabila terdapat kesalahan serius atau pelanggaran peraturan syarikat yang memerlukan pekerja memberikan penjelasan bertulis. Berikut adalah beberapa keadaan di mana majikan mungkin perlu mengeluarkan surat ini:

a. Kelewatan atau Tidak Hadir Tanpa Alasan Yang Sah
Jika pekerja tidak hadir ke tempat kerja tanpa memberitahu atau tidak mengikut prosedur untuk memohon cuti, majikan boleh mengeluarkan surat ini untuk meminta penjelasan.

b. Perbuatan Tidak Beretika atau Melanggar Kod Syarikat
Sebarang perbuatan yang melanggar kod etika syarikat seperti membuli rakan sekerja, perilaku tidak profesional atau kecurian kecil dalam syarikat boleh menyebabkan majikan mengeluarkan surat ini kepada pekerja.

c. Pelanggaran Terhadap Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Kerja
Jika pekerja melanggar peraturan keselamatan atau kesihatan kerja yang boleh menjejaskan keselamatan diri mereka atau rakan sekerja, surat ini adalah langkah pertama sebelum tindakan disiplin diambil.

Baca Juga: Masalah Dihadapi HR

d. Prestasi Kerja yang Tidak Memuaskan
Apabila pekerja gagal memenuhi sasaran prestasi atau tidak menunjukkan komitmen terhadap tugas yang ditugaskan, majikan mungkin mengeluarkan surat ini untuk meminta penjelasan atau alasan mengenai kemerosotan prestasi mereka.

2. Format Surat Tunjuk Sebab (Perkara Perlu Ada)

Format Surat Tunjuk Sebab - mesraHR

Surat mesti ditulis dengan struktur yang jelas dan profesional. Berikut adalah format yang biasa digunakan HR dan majikan dalam surat, anda boleh mengubah mengikut kesesuaian:

1. Tajuk Surat

Sertakan tajuk yang jelas, seperti “Surat Tunjuk Sebab” atau “Show Cause Letter“, diikuti dengan nama pekerja dan tarikh surat tersebut dikeluarkan.

2. Pengenalan

Mulakan surat dengan pernyataan rasmi mengenai tujuan surat tersebut dikeluarkan. Nyatakan dengan jelas kesalahan atau pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh pekerja.

Contoh:

3. Perincian Kesalahan atau Pelanggaran

Sertakan butiran terperinci mengenai kesalahan atau pelanggaran yang telah dilakukan oleh pekerja. Nyatakan tarikh kejadian dan fakta yang relevan.

Contoh:

4. Peluang Untuk Menjelaskan

Tegaskan bahawa pekerja diberi peluang untuk memberi penjelasan terhadap tindakan mereka. Nyatakan tempoh masa yang diberikan untuk mereka memberi maklum balas atau penjelasan.

Contoh:

5. Tindakan Selanjutnya

Tegaskan bahawa jika tiada penjelasan diberikan, tindakan disiplin akan diambil. Ini memberi amaran yang jelas kepada pekerja mengenai kemungkinan akibat dari ketidakpatuhan mereka.

Contoh:

6. Penutup dan Tandatangan

Akhiri surat dengan menyatakan bahawa syarikat mengharapkan kerjasama dan menekankan pentingnya kepatuhan kepada peraturan syarikat. Sertakan rujukan kepada polisi syarikat jika perlu.

Contoh:

3. Contoh Surat Tunjuk Sebab

Berikut adalah contoh yang boleh digunakan oleh pekerja:

[Nama Pekerja]
[Jawatan Pekerja]
[Nama Majikan]
[Alamat Majikan]
[Tarikh]

[Nama Majikan]
[Alamat Majikan]

Perkara: Surat Tunjuk Sebab [Salah Laku]

Tuan/Puan,

Merujuk kepada Surat Tunjuk Sebab [Salah Laku] yang telah berlaku pada [Tarikh]. Saya menyedari bahawa perbuatan saya ini mungkin telah melanggar peraturan syarikat yang dinyatakan dalam Polisi [Salah Laku].

Punca berlakunya [Salah Laku] ini adalah [Alasan Atas Salah Laku]. Meskipun begitu, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan ini dan berjanji untuk berhati-hati serta perkara yang sama tidak akan berulang di masa hadapan.

Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Saya juga bersedia untuk menerima sebarang tindakan dari pihak pengurusan untuk kemajuan bersama. 

Saya berharap tuan/puan dapat mempertimbangkan penjelasan ini dan memberikan saya peluang untuk terus berkhidmat dengan lebih baik. Saya amat menghargai sokongan yang diberikan pihak syarikat selama ini. 

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan]
[Nama Pekerja]
[Jawatan Pekerja]
[Tarikh]

4. Kepentingan Surat Tunjuk Sebab

Surat tunjuk sebab penting untuk kedua-dua pihak, majikan dan pekerja, kerana ia:

a. Membolehkan Penjelasan
Memberikan peluang kepada pekerja untuk membela diri dan menjelaskan keadaan.

b. Dokumentasi Rami
Menjadi rekod rasmi untuk tindakan selanjutnya yang mungkin atau akan diambil majikan.

c. Mencegah Kesilapan
Mengurangkan kemungkinan salah faham antara majikan dan pekerja.

Penutup: Kesan dan Tindakan Susulan

Matlamat utama adalah untuk memastikan pekerja memahami kesalahan mereka dan diberi peluang untuk memperbaiki tindakan mereka. Jika pekerja memberikan penjelasan yang munasabah, mereka boleh diberi kesempatan untuk memperbaiki diri. Sebagai majikan, memberikan teguran yang jelas dan peluang untuk pembelaan menunjukkan bahawa syarikat mengamalkan pendekatan yang adil dan transparen dalam menangani masalah disiplin. Proses ini juga membantu mengekalkan kualiti kerja dan integriti dalam organisasi. Anda juga boleh merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk maklumat lanjut tentang peraturan kerja dalam sektor awam di SPA.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Pihak mana yang keluarkan surat tunjuk sebab?

Surat ini boleh dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada majikan mahupun pekerja. Selalunya majikan akan mengeluarkan surat yang meminta pekerja untuk menulis surat tunjuk sebab atas salah laku mereka.

2. Kenapa surat tunjuk sebab dikeluarkan?

  • Kehadiran Tidak Memuaskan – Pekerja kerap tidak hadir atau datang lewat tanpa alasa munasabah.
  • Prestasi Kerja Lemah – Pekerja gagal mencapai piawaian kerja yang ditetapkan.
  • Tingkah Laku Tidak Wajar – Masalah disiplin seperti tidak mematuhi arahan di tempat kerja.
  • Melanggar Polisi Syarikat – Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi tanpa kebenaran.

3. Apa berlaku sekiranya alasan tidak memuaskan?

Jika penjelasan pekerja tidak memadai, syarikat boleh mengambil tindakan disiplin yang lebih serius seperti mengeluarkan Surat Amaran, penggantungan kerja, atau pemotongan gaji bergantung pada polisi syarikat dan keparahan pelanggaran.

4. Apa perlu buat selepas terima surat tunjuk sebab?

  1. Baca Dengan Teliti
  2. Kumpul Bukti Sokongan
  3. Jawab Secara Profesional
  4. Simpan Salinan

Pengurusan Syarikat Boleh Jadi Mencabar Tanpa mesraHR!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko silap pengiraan, rekod tidak teratur atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, mesraHR adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!

Lead Form MesraHR BlogPost

Istilah KPI atau Key Performance Indicator sudah menjadi sebahagian daripada bahasa harian. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksudnya, bagaimana ia boleh digunakan secara efektif dan cara mengendalikannya untuk memastikan organisasi berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.

Artikel ini akan membongkar segala perkara penting tentangnya, mengapa ia sangat kritikal dalam pengurusan prestasi serta panduan KPI supaya dapat memaksimakan potensi organisasi dan individu.

Apa Itu KPI?

dart with light coming from window background

Key Performance Indicator, iaitu penunjuk utama prestasi yang digunakan untuk mengukur kejayaan atau pencapaian sesuatu organisasi, jabatan atau individu terhadap objektif tertentu.

Definisi Mudah

Ia merupakan metrik yang boleh diukur yang menunjukkan sejauh mana sesuatu matlamat telah dicapai. Contohnya, sebuah syarikat jualan mungkin menggunakannya seperti jumlah jualan bulanan, jumlah pelanggan baru atau kadar pengekalan pelanggan untuk menilai prestasi mereka.

Fungsi Utama KPI

  • Memantau kemajuan: Membantu organisasi melihat sejauh mana mereka mencapai sasaran.

  • Membantu membuat keputusan: Data prestasi memberikan maklumat tepat untuk tindakan lanjut.

  • Memotivasikan pekerja: Apabila objektif jelas, pekerja tahu apa yang dijangka dan boleh fokus untuk mencapai sasaran.

Jenis-Jenis KPI

Terdapat beberapa jenis bergantung kepada fokus dan tahap pengukurannya:

- Strategik

Fokus pada matlamat jangka panjang organisasi seperti pertumbuhan pendapatan, peningkatan bahagian pasaran atau kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

- Operasi

Berkaitan dengan aktiviti harian dan operasi seperti masa pengeluaran produk, kadar kesilapan atau tempoh masa penyelesaian aduan pelanggan.

- Jabatan

Spesifik untuk jabatan tertentu. Contohnya, jabatan pemasaran mungkin fokus pada jumlah prospek baru, manakala jabatan kewangan memantau kadar perolehan invois.

- Leading dan Lagging

Leading adalah hasil yang dijangka akan diperoleh oleh organisasi seperti tahap penglibatan pekerja. Lagging pula merupakan hasil yang telah diperoleh oleh organisasi. Contohnya, kadar keluar masuk pekerja.

Kenapa KPI Penting dalam Organisasi?

Penjejakan Matlamat dengan Jelas

Tanpanya, sukar untuk menentukan sama ada sesuatu usaha berjaya atau tidak. KPI memberi petunjuk yang jelas dan bukti konkrit tentang prestasi.

Fokus Pada Keutamaan

Ia membantu organisasi dan pekerja memfokuskan usaha pada perkara yang paling penting dan mengelakkan pembaziran sumber pada perkara yang kurang beri nilai.

Meningkatkan Motivasi dan Akauntabiliti

Apabila objektif jelas dan diketahui semua, setiap individu tahu tanggungjawab mereka. Ini dapat meningkatkan motivasi dan rasa tanggungjawab untuk mencapai matlamat.

Memudahkan Komunikasi dan Penilaian

KPI menjadi bahasa bersama dalam organisasi untuk membincangkan prestasi dan membuat penambahbaikan.

Cara Membina KPI yang Berkesan (SMART)

SMART KPI

Membina objektif bukan sekadar pilih angka secara rawak. KPI yang berkesan mesti memenuhi beberapa ciri penting:

S - Specific (Terperinci)

Mesti jelas dan terperinci supaya tidak ada kekeliruan. Contohnya, bukan hanya “tingkatkan jualan”, tetapi “tingkatkan jualan produk A sebanyak 10% dalam 6 bulan”.

M - Measurable (Boleh Diukur)

Perlu mempunyai ukuran yang konkrit supaya prestasi boleh dinilai dengan tepat.

A - Achievable (Boleh Dicapai)

Matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya pekerja tidak berasa tertekan atau kecewa.

R - Relevant (Relevan)

Patut berkaitan dengan objektif organisasi dan berimpak langsung kepada kejayaan.

T - Time Bound (Terikat Masa)

Mesti ada tempoh masa yang jelas untuk mencapai KPI.

Cara Mengendalikan dan Memantau KPI

Tetapkan Bersama Pasukan

Libatkan pasukan dalam menentukan objektif supaya semua faham dan komited kepada matlamat yang sama.

Gunakan Alat Digital dan Sistem HR

Gunakan platform seperti mesraHR untuk merekod, memantau dan melaporkan prestasi secara automatik dan masa sebenar.

Adakan Sesi Review Berkala

Pantau perkembangan prestasi secara berkala seperti mingguan atau bulanan untuk membuat penyesuaian segera.

Berikan Maklum Balas Konstruktif

Gunakan data prestasi untuk memberi maklum balas yang membina kepada pekerja agar mereka tahu di mana perlu diperbaiki.

Sambut Pencapaian

Apabila KPI berjaya dicapai, beri pengiktirafan dan ganjaran untuk mengekalkan motivasi.

Cabaran Dalam Mengurus KPI dan Cara Atasinya

Objektif Tidak Jelas atau Terlalu Banyak

Pastikan objektif tidak terlalu banyak hingga membebankan. Fokus pada objektif utama sahaja.

Data Tidak Konsisten atau Tidak Tepat

Pastikan data dikumpul dengan betul dan tepat, guna sistem digital untuk elak kesilapan.

Kurang Komitmen Dari Pekerja

Libatkan pekerja dalam penetapan prestasi dan beri mereka pemahaman penuh tentang pentingnya KPI.

Tiada Tindakan Susulan

KPI tanpa tindakan susulan adalah sia-sia. Sentiasa pantau dan buat pelan tindakan jika ada prestasi yang tidak mencapai sasaran.

Kesimpulan

KPI merupakan alat penting yang membantu organisasi menilai prestasi dan mencapai matlamat secara sistematik dan berfokus. Dengan membina KPI menggunakan ciri SMART serta memantau secara berterusan, organisasi dapat meningkatkan kecekapan kerja dan motivasi pekerja.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia Malaysia turut menyediakan pelbagai maklumat berkaitan polisi pekerjaan dan pengurusan prestasi yang boleh dijadikan rujukan.

Gunakan teknologi seperti mesraHR untuk memudahkan pengurusan prestasi dan pastikan setiap langkah dalam pengurusan prestasi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu KPI (Key Performance Indicator) dan fungsinya?

Key Performance Indicator adalah penunjuk utama prestasi yang digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang, pasukan atau organisasi dalam mencapai matlamat atau objektif tertentu. Ia berfungsi menilai prestasi kerja, kemajuan projek dan hasil yang dicapai dalam tempoh masa tertentu. 

2. Bagaimana Kira KPI?

Cara pengiraannya adalah subjektif dan berbeza mengikut bidang serta bergantung kepada prestasi yang hendak diukur.

Sebagai contoh, Sebagai contoh, Kadar Penukaran (Conversion Rate) dikira dengan membahagikan jumlah tindakan yang berjaya seperti pendaftaran dengan jumlah keseluruhan interaksi seperti pelawat laman web, kemudian didarabkan dengan 100 untuk mendapatkan peratusan.

3. Apa Jenis KPI yang Sesuai Untuk Organisasi Saya?

Jenis yang sesuai bergantung kepada industri, sasaran perniagaan dan keutamaan organisasi.

Contohnya, prestasi sektor perkhidmatan pelanggan mungkin melibatkan kadar kepuasan pelanggan atau masa tindak balas. Pastikan objektif yang ditetapkan berkaitan dengan matlamat utama dan memberikan petunjuk yang berguna untuk penambahbaikan prestasi.

4. Mengapa KPI Penting dalam Pengurusan Sumber Manusia?

Ia sangat penting dalam pengurusan sumber manusia kerana ia membantu menilai prestasi pekerja secara objektif dan memberi panduan untuk pembangunan kerjaya. Dengan menetapkan objektif yang jelas untuk pekerja, majikan dapat melihat dengan tepat di mana kekuatan dan kelemahan pekerja. Ini memudahkan majikan untuk memberi maklum balas konstruktif serta merancang latihan dan sokongan untuk meningkatkan prestasi mereka.

Mari Kami Bantu Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan mesraHR!

Adakah syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana mesraHR ada penyelesaian kepada semua masalah tersebut! Dari pengurusan gaji, pengurusan cuti, tuntutan, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!

Mari cuba FREE DEMO untuk dapatkan sistem mesraHR sekarang!

MesraHR Website
Lead Form MesraHR BlogPost

Table of Contents

Dalam dunia pekerjaan, pengurusan disiplin adalah elemen penting untuk memastikan suasana kerja yang sihat, produktif dan profesional. Salah satu instrumen penting yang digunakan oleh majikan atau pihak HR untuk menangani masalah pekerja ialah surat amaran pekerja. Ia bukan sahaja bertindak sebagai peringatan bertulis, tetapi juga sebagai dokumen sokongan jika berlaku tindakan lanjut seperti penamatan kontrak atau tindakan tatatertib.

Artikel ini akan berkongsi pelbagai contoh surat amaran pekerja yang boleh dijadikan rujukan serta menjelaskan langkah-langkah dan format penulisan yang betul mengikut garis panduan sumber manusia. Topik ini sangat penting terutama apabila melibatkan pengurusan surat amaran pekerja secara sistematik dan adil.

Kenapa Surat Amaran Pekerja Penting?

Mengeluarkan surat amaran bukan bermakna majikan terus mahu membuang pekerja. Sebaliknya, ia adalah proses dokumentasi yang penting untuk:

  • Memberi peluang kepada pekerja memperbaiki tingkah laku

  • Melindungi majikan dari risiko tindakan undang-undang

  • Memastikan ketelusan dalam pengurusan disiplin

  • Mewujudkan rekod prestasi atau salah laku pekerja

Dengan adanya surat amaran pekerja, segala isu berkaitan prestasi atau disiplin pekerja dapat direkod dengan telus dan profesional.

Boleh baca artikle sebelum ini tentang surat amaran pekerja lebih details. 

Langkah-Langkah Beri Surat Amaran Secara Profesional

Secara amnya, terdapat beberapa jenis surat amaran pekerja iaitu surat amaran lisan, surat amaran pertama bertulis, surat amaran kedua dan surat amaran terakhir bergantung kepada tahap dan jenis kesalahan. Mengikut amalan terbaik dalam HR, berikut adalah langkah beri surat amaran secara tersusun:

  1. Siasatan Awal – Pastikan bukti atau laporan disahkan sebelum keluarkan surat.

  2. Panggil Sesi Penjelasan – Beri ruang pekerja menjelaskan tindakan mereka.

  3. Dokumen Penulisan – Tulis format surat amaran rasmi yang kemas, jelas dan profesional.

  4. Hantar Secara Formal – Gunakan email rasmi dan salinan bercetak untuk rekod.

  5. Failkan dalam HRIS – Simpan dalam sistem HR untuk rujukan masa hadapan, terutama bagi kes surat amaran pekerja yang berulang.

.

Template Surat Amaran Pekerja

1. Surat Amaran Rasmi

Surat amaran rasmi ialah dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja sebagai teguran atas kesalahan disiplin atau pelanggaran polisi syarikat. Ia bertujuan mendidik, memberi peluang pembetulan dan menjadi rekod formal sebelum tindakan lanjut diambil.

Tekan sini untuk download template : Surat Amaran Rasmi

2. Surat Amaran Pertama

Template Surat Amaran Pertama digunakan untuk menegur pekerja yang melakukan kesalahan buat kali pertama secara rasmi. Ia membantu HR atau majikan memberi peringatan bertulis secara profesional sambil merekodkan tindakan disiplin dalam sistem. Format ini sesuai untuk kesalahan ringan seperti lewat hadir atau kecuaian kerja.

Tekan sini untuk download template : Surat Amaran Pertama

3. Surat Amaran Ke Dua

Template Surat Amaran Kedua digunakan apabila pekerja masih mengulangi kesalahan selepas menerima amaran pertama. Ia menunjukkan tindakan yang lebih tegas daripada majikan atau HR, serta menjadi bukti dokumentasi penting sebelum langkah disiplin akhir seperti surat amaran terakhir atau penamatan perkhidmatan diambil.

Tekan sini untuk download template : Surat Amaran Kedua

4. Surat Amaran Terakhir

Template Surat Amaran Terakhir ialah amaran bertulis terakhir yang diberikan kepada pekerja selepas kegagalan mematuhi surat amaran terdahulu. Ia menunjukkan kesalahan berulang tidak lagi diterima dan memberi peringatan akhir sebelum tindakan disiplin berat seperti penggantungan atau pemberhentian dilakukan secara rasmi dan sah.

Download template : Surat Amaran Terakhir

5. Surat Penamatan Perkhidmatan

Jika masih lagi buat masalah yang sama dan capai kata sepakat boleh terus keluarkan surat berhenti . Surat penamatan perkhidmatan ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan bagi menamatkan kontrak kerja seseorang pekerja. Ia biasanya dibuat selepas proses disiplin lengkap seperti amaran bertulis, siasatan dalaman dan dokumentasi yang sah. Surat ini menyatakan sebab penamatan, tarikh akhir bekerja, serta arahan pemulangan aset syarikat.

Download template : Surat Penamatan Perkhidmatan

Kepentingan Dokumentasi Dalam HR

Surat amaran pekerja bukan hanya untuk mendisiplinkan, tetapi untuk:

  • Menjadi rekod prestasi dan perilaku pekerja

  • Membantu proses penilaian tahunan

  • Menjadi bukti jika ada kes tribunal atau tindakan undang-undang

Malah, sistem seperti MesraHR membolehkan HR menyimpan semua surat secara digital dan tersusun dalam dashboard HRIS. Ini memudahkan pengurusan surat amaran pekerja secara sistematik. Banyak manfaat yang boleh bantu urusan bisnes kita dengan menggunakan sistem MesraHR.

Kesimpulan

Mengendalikan pekerja bermasalah adalah satu cabaran, tetapi dengan pendekatan yang betul dan profesional, ia boleh diselesaikan dengan baik. Surat amaran pekerja adalah alat penting dalam sistem HR yang tidak patut dipandang ringan. Pastikan setiap tindakan didokumenkan dengan baik, dan setiap pekerja diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka.

Sebagai HR atau pemilik bisnes, jadikan surat amaran pekerja bukan sekadar hukuman, tetapi satu proses membina budaya kerja yang sihat dan bertanggungjawab.

Berkaitan : Cara kurangkan turnover pekerja

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah surat amaran perlu ditandatangani oleh pekerja? Ya, ini bagi mengesahkan penerimaan walaupun mereka tidak bersetuju dengan isi kandungan.

2. Berapa kali surat amaran perlu dikeluarkan sebelum buang kerja? Tiada jumlah tetap. Bergantung kepada dasar syarikat dan keseriusan kesalahan.

3. Bolehkan surat amaran dihantar melalui email? Ya, asalkan email rasmi syarikat digunakan dan bukti penerimaan disimpan.

4. Apa yang berlaku jika pekerja enggan menandatangani surat amaran? Majikan boleh rekodkan keengganan tersebut dan minta saksi dalaman tandatangan sebagai pengesahan.

Dah Pernah Guna Sistem HR Tapi Customer Support Lemah ?

Bayangkan ni…

Sistem HR korang “hang” tengah bulan, data cuti staff hilang, semua panik.

Korang call support?

“Maaf, sila tinggalkan mesej.”

Email pun tak reply…
3 hari kemudian baru dapat jawapan: “Kami akan semak ya.”

Tapi kerja HR tak boleh tunggu, kan?

Dengan Sistem MesraHR, support kami bukan sekadar nama.Team kami memang real people, fast response, siap boleh bantu terus kalau ada masalah.

  • Support WhatsApp.
  • Respon cepat dalam hari yang sama.
  • Rasa dijaga, bukan dibiarkan.

Nak ubah sistem HR supaya lebih effisien, lebih murah tapi semua featerus ada ?

Isi form dibawah untuk FREE TRIAL MesraHR dan Free Consultation!

Lead Form MesraHR BlogPost

Ketahui cara kira OT dengan betul mengikut Akta Kerja 1955. Panduan lengkap overtime untuk pekerja dan majikan bagi memastikan pembayaran lebih masa yang adil dan tepat.

Isi Kandungan

Pengenalan

Bekerja lebih masa atau overtime adalah sesuatu yang biasa di tempat kerja terutamanya apabila terdapat tarikh akhir penting, projek besar atau situasi kecemasan yang memerlukan tambahan usaha. Walau bagaimanapun, ramai pekerja dan majikan mungkin masih keliru tentang cara mengira gaji overtime dengan betul, terutamanya dengan peraturan yang berkaitan dengan undang-undang buruh yang sentiasa berubah.

Bagi pekerja, mengetahui cara kira OT adalah penting untuk memastikan mereka dibayar dengan adil atas masa tambahan yang mereka curahkan. Bagi majikan pula, memahami peraturan ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang dan memastikan bahawa mereka tidak melanggar hak pekerja.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara kira OT secara terperinci serta memberikan panduan berguna yang perlu diketahui oleh pekerja dan majikan.

Apa itu Overtime?

Overtime merujuk kepada masa kerja tambahan yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu bekerja biasa atau waktu pejabat. Ia merangkumi masa tambahan yang diambil untuk menyelesaikan tugas yang belum selesai dalam waktu bekerja yang ditetapkan.

Secara amnya, undang-undang buruh di Malaysia menetapkan bahawa pekerja perlu dibayar lebih tinggi untuk jam overtime yang bekerja. Bayaran ini dikenali sebagai gaji overtime dan perlu mengikut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Kadar Gaji Overtime Mengikut Akta Kerja 1955

Di bawah Akta Kerja 1955, setiap pekerja yang bekerja lebih masa berhak menerima bayaran tambahan berdasarkan kadar tertentu. Berikut adalah kadar yang ditetapkan:

Hari Biasa (Isnin - Jumaat):

Kadar 1: Pekerja berhak dibayar 1.5 kali gaji per jam untuk jam overtime yang dilakukan pada hari biasa.

Hari Sabtu, Ahad (Cuti Mingguan):

Kadar 2: Pekerja berhak dibayar 2 kali gaji per jam jika mereka bekerja pada hari Sabtu, yang merupakan cuti mingguan mereka.

Hari Cuti Umum (Public Holiday):

Kadar 3: Pekerja berhak dibayar 3 kali gaji per jam jika mereka bekerja pada hari cuti umum.

Berkaitan: Panduan Kira Gaji dengan Betul

Cara Kira OT (Overtime)

Untuk mengira gaji overtime dengan betul, pertama sekali, kita perlu mengetahui kadar gaji per jam yang pekerja terima. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengira panduan lengkap overtime pekerja:

Langkah 1: Formula Ordinary Rate Pay (ORP) dan Hourly Rate Pay (HRP)

Langkah 1 Cara Kira OT

Ini cara kira OT dengan mudah menggunakan formula berikut:

  • Gaji sehari (ORP): Gaji bulanan / 26 hari bekerja
  • Gaji sejam (HRP): Gaji sehari / jumlah jam bekerja sehari

Sebagai contoh, jika gaji bulanan seorang pekerja adalah RM3000 dan mereka bekerja 5 hari seminggu (8 jam sehari), cara kira ot adalah:

  • ORP = RM3,000 / 26 = RM115.38

Jadi, gaji sejam mereka adalah:

  • HRP = RM115.38 / 8 = RM14.42

Langkah 2: Tentukan Kadar Bayaran Overtime

Langkah 2 Cara Kira OT

Setelah anda mengetahui gaji per jam, tentukan kadar bayaran overtime berdasarkan jenis hari kerja, sama ada hari biasa, hujung minggu atau cuti umum.

Contoh cara kira OT adalah:

Bayaran Overtime Hari Biasa: RM 14.42 x 1.5 = RM 21.63 per jam

Bayaran Overtime Hari Mingguan: RM 14.42 x 2 = RM 28.84 per jam

Bayaran Overtime Hari Cuti Umum: RM 14.42 x 3 = RM 43.26

Langkah 3: Kira Jumlah Overtime

Untuk mengira jumlah gaji overtime yang perlu dibayar, darabkan jumlah jam overtime yang dilakukan dengan kadar bayaran overtime yang sesuai.

Contoh mudahnya, kalau anda bekerja 3 jam overtime pada hari cuti umum dan gaji sejam RM 43.26, maka cara kira OT anda adalah:

Jumlah Overtime: 3 jam x RM43.26 = RM 129.78

Atau anda boleh guna kalkulator ini untuk kira anggaran gaji overtime.

Bagaimana Jika Pekerja Tidak Diberi Gaji Overtime?

Jika pekerja melakukan overtime tetapi tidak dibayar mengikut kadar yang betul, mereka berhak untuk membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Perkeso untuk menyelesaikan isu tersebut. Undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 jelas menyatakan bahawa pekerja yang bekerja lebih masa perlu dibayar lebih mengikut kadar yang ditetapkan.

Selain itu, bukan semua pekerja berhak mendapat OT, terutamanya mereka yang bergaji lebih tinggi daripada RM4,000 sebulan kecuali jika mereka terikat dengan kontrak kerja yang menyatakan sebaliknya.

Tambahan lagi, cara kira OT juga boleh berbeza mengikut jenis pekerjaan.

 

Berkaitan: Tema Hari Pekerja 2025

Tips untuk Majikan dalam Menguruskan Overtime

Bagi majikan, menguruskan overtime dengan bijak adalah penting untuk memastikan keseimbangan kos dan kesejahteraan pekerja. Berikut adalah beberapa tips untuk majikan:

Tentukan Polisi Overtime yang Jelas

Majikan perlu mempunyai polisi overtime yang jelas, yang menjelaskan kadar bayaran, prosedur permohonan, dan waktu kerja yang dibenarkan. Ini akan mengelakkan sebarang salah faham antara majikan dan pekerja.

Elakkan Terlalu Bergantung pada Overtime

Walaupun overtime boleh menjadi penyelesaian jangka pendek untuk memenuhi keperluan pekerjaan, majikan harus mengelakkan bergantung sepenuhnya pada overtime untuk menguruskan beban kerja. Jika terlalu banyak overtime, ia boleh menyebabkan kepenatan dan tekanan terhadap pekerja.

Periksa Kepatuhan dengan Undang-Undang

Pastikan syarikat mematuhi Akta Kerja 1955 yang menetapkan kadar bayaran overtime yang sah. Majikan juga perlu memastikan pekerja mendapat rehat yang mencukupi selepas bekerja lebih masa.

Berkaitan: Peranan Seorang HR

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Apakah kadar bayaran untuk overtime pada hari biasa?

A: Pekerja akan dibayar 1.5 kali gaji per jam untuk overtime yang dilakukan pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat).

Q: Adakah pekerja perlu bekerja lebih masa setiap hari?

A: Tidak. Pekerja hanya dibenarkan bekerja lebih masa apabila diperlukan, dan ia harus dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Q: Bagaimana jika pekerja tidak dibayar overtime?

A: Pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Perkeso untuk mendapatkan pembelaan dan menyelesaikan isu pembayaran overtime.

Q: Adakah gaji overtime dikenakan cukai?

A: Ya, bayaran overtime akan dimasukkan dalam pendapatan pekerja dan dikenakan cukai pendapatan mengikut kadar yang ditetapkan oleh LHDN.

Penutup

Mengira gaji overtime dengan betul adalah penting untuk memastikan keadilan bagi pekerja dan mengelakkan masalah di kemudian hari. Sebagai pekerja, penting untuk memahami hak anda dan memastikan bayaran overtime dilakukan dengan tepat, manakala majikan pula perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Dengan mengetahui cara mengira gaji overtime yang betul, kita dapat memastikan keselamatan kewangan pekerja dan keadilan di tempat kerja.

Uruskan Gaji Pekerja Anda Dengan Efisien

Dengan MesraHR, pengurusan gaji pekerja menjadi lebih mudah, tepat, dan efisien. Tiada lagi kesilapan pengiraan atau kelewatan pembayaran, hanya sistem yang telus dan mesra pengguna.

Daftar MesraHR hari ini dan mulakan perjalanan ke arah pengurusan gaji dan tenaga kerja yang lebih sistematik!

MesraHR Website

Isi form dibawah untuk FREE TRIAL MesraHR!

Lead Form MesraHR BlogPost
Chat with Us

The all-in-one HR platform built for HR. Payroll, attendance, leave, claims, site visit and more — beautifully simple.

Download App

LHDN ApprovedHRDF ClaimablePDPA CompliantMOF Registered
Newsletter Form Ebook hr

Subscribe to our newsletter

Subscribe to our newsletter to receive the latest HR updates, tips, and insights. As a bonus, we’ll send you 5 essential HR templates (FREE) straight to your inbox


© mesraHR 2026. All rights reserved.