Lebih merugikan, sistem lama ini sukar disesuaikan dengan keperluan organisasi yang semakin berkembang. Tanpa automasi dan integrasi yang cekap, pihak pengurusan akan berdepan kesukaran dalam mendapatkan laporan yang tepat dan terkini. Oleh itu, semakin banyak organisasi kini beralih kepada penyelesaian moden yang menawarkan pengurusan sumber manusia secara digital, pintar dan efisien sejajar dengan tuntutan kerja masa kini.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan sumber manusia dalam syarikat. Dari pengurusan gaji hingga penilaian prestasi pekerja, setiap aspek pengurusan HR memerlukan perhatian yang teliti dan sistematik. Inilah sebabnya mengapa Sistem HRMS untuk SME adalah sangat penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia mereka lebih berkesan dan cekap.
Artikel ini akan menerangkan apa itu SME dan HRMS, kepentingan sistem HRMS untuk SME dibantu sistem automasi menjadi lebih efisien dalam pengurusan HR dan mengapa setiap SME perlu mempertimbangkan untuk mengintegrasikan Sistem HRMS dalam operasi mereka.
SME & HRMS
Apa Itu SME?
SME adalah singkatan kepada Small and Medium Enterprises atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Bahasa Melayu. SME merujuk kepada perusahaan yang mempunyai saiz kecil atau sederhana dari segi jumlah pekerja, pendapatan dan jumlah aset berbanding dengan syarikat besar. SME adalah sektor yang sangat penting dalam ekonomi sesebuah negara terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Sumbangan SME termasuklah:
- Penciptaan Pekerjaan Utama: SME menyumbang kepada lebih daripada separuh pekerjaan di sesetengah negara.
Pembangunan Ekonomi: SME sentiasa membantu meningkatkan ekonomi negara dengan menyumbang kepada pendapatan negara.
Inovasi: SME sering kali menjadi asas inovasi dalam banyak sektor, menawarkan produk dan perkhidmatan baru yang berdaya saing.
Namun begitu, di sebalik sumbangannya yang besar, menguruskan SME bukanlah tugas yang mudah. Oleh itu, cabaran sebenar SME bukan sekadar bertahan tetapi bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan syarikat secara mampan dalam persekitaran yang berdaya saing.
Apa Itu HRMS?
Sistem HRMS (Human Resource Management System) adalah perisian menguruskan proses HR dalam sebuah organisasi secara automatik dan sistematik. Ciri utama HRMS termasuklah:
Semua fungsi HRIS
Pengurusan proses penggajian
Penilaian prestasi pekerja
Modul latihan & pembangunan
Pengurusan faedah pekerja
Maka, wajarlah sistem HRMS untuk SME digunakan oleh pengurus syarikat bagi melancarkan pelaksanaan pengurusan sumber manusia mereka selain memudahkan akses data pekerja dalam syarikat.
Kepentingan Sistem HRMS Untuk SME
Kekangan bajet, kekurangan tenaga kerja mahir serta kurangnya sistem automasi boleh menjadikan operasi harian lebih mencabar.
1. Pengurusan Maklumat Pekerja
Menyimpan profil lengkap pekerja (maklumat peribadi, jawatan, tarikh mula bekerja, dan lain-lain)
Mudah untuk kemas kini, semak, dan susun data staf dalam satu sistem pusat
2. Menjimatkan Kos Tenaga Kerja
Merekod kehadiran dan memproses gaji pekerja secara automatik
Pemilik syarikat dapat fokus pada tugasan utama perniagaan
3. Meningkatkan Produktiviti
Mengurangkan kerja manual dengan automasi dalam sistem
Pengurus boleh luluskan atau tolak permohonan terus dari sistem
4. Patuh Undang-Undang
Sistem direka untuk mematuhi syarat tempatan seperti Akta Kerja, EPF, SOCSO dan KWSP
Bantu sediakan dokumen asas untuk pengurusan pekerja secara sah
mesraHR Sistem HRMS Terkini Untuk SME
Sistem HRMS untuk SME yang terbaik adalah di mana ia menyatukan pelbagai fungsi penting HR seperti pengurusan gaji, cuti, kehadiran dan banyak lagi dalam satu platform yang mudah diakses dan digunakan.
1. Automasi Pengurusan HR Harian
MesraHR membantu SME mengautomasi proses HR seperti permohonan cuti, rekod kehadiran dan pemprosesan gaji seterusnya menjimatkan masa dan mengurangkan kerja manual.
2. Sistem HRMS untuk SME yang Mudah Digunakan
MesraHR direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Antaramuka mesra pengguna yang tidak memerlukan kemahiran teknikal tinggi, sesuai untuk staf HR atau pemilik syarikat.
3. Akses Digital dan Dalam Talian
Semua data HR disimpan secara digital dan boleh diakses di mana-mana sahaja. Ini sangat berguna untuk SME yang mengamalkan kerja jarak jauh atau mempunyai cawangan berbeza.
4. Mematuhi Keperluan Undang-Undang Malaysia
Sistem mesraHR dapat membantu SME mengurus KWSP, SOCSO dan LHDN pekerja dengan betul dengan memastikan pematuhan undang-undang buruh di Malaysia.
5. Laporan dan Analitik Pantas
MesraHR menyediakan laporan HR secara automatik seperti laporan kehadiran, baki cuti dan kos gaji bulanan yang membantu pemilik SME membuat keputusan yang lebih baik dan cepat.
6. Sokongan Pelanggan
Sebagai sistem HRMS untuk SME yang dibangunkan di Malaysia, MesraHR menawarkan sokongan pelanggan tempatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, menjadikan proses onboarding lebih lancar.
Soalan Lazim (FAQ)
1.Patut Pilih Sistem HRIS Atau Sistem HRMS?
HRIS – Jika anda hanya perlukan tempat simpan maklumat pekerja dan struktur jabatan.
HRMS – Kalau anda nak sistem yang uruskan cuti, gaji dan kehadiran secara automatik.
2. Adakah Sesuai Sistem HRMS Untuk SME?
Ya, banyak sistem pengurusan HR di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis pakej fleksibel tidak kira saiz organisasi yang sesuai untuk perusahaan kecil dan sederhana.
3. Bagaimanakah SME dikategorikan?
Menurut SME Corporation Malaysia, jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi:
- Sektor Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
- Sektor Perkhidmatan dan Lain-lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
4. Apa Kelebihan Menggunakan Sistem HRMS Untuk SME?
Sistem HRMS untuk SME memberikan kelebihan seperti automasi tugasan HR, pengurusan cuti di dalam organisasi dan rekod pekerja yang teratur. Ia membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan manual dalam pengurusan sumber manusia yang seterusnya dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
Kesimpulan
Penggunaan sistem HRMS untuk SME bukan sahaja memudahkan pengurusan sumber manusia, malah memberi kelebihan dari segi kos, masa dan ketepatan data. Dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar, pemilik SME perlu bijak mengadaptasi teknologi untuk kekal kompetitif. Sistem HRMS seperti mesraHR dapat membantu mengautomasikan proses penting seperti penggajian, cuti, kehadiran, lawatan tapak, urusan tuntutan dan laporan yang sekali gus membolehkan pemilik perniagaan fokus kepada pertumbuhan syarikat.
Dengan ciri-ciri mesra pengguna dan pematuhan kepada keperluan undang-undang Malaysia, sistem HRMS adalah pelaburan digital yang bijak untuk setiap SME yang mahu bergerak ke hadapan secara lebih sistematik dan efisien.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa mesraHR!
Sebagai majikan, mengurus pelbagai jenis pekerja boleh menjadi satu cabaran yang kompleks. Tanpa sistem yang tersusun, risiko kesilapan pengiraan, rekod yang tidak kemas serta ketidakpatuhan terhadap polisi syarikat adalah tinggi.
Gunalah mesraHR, sistem HRMS untuk SME yang lengkap:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Sama ada anda menguruskan syarikat SME atau organisasi berskala besar, mesraHR ialah penyelesaian menyeluruh untuk keperluan pengurusan sumber manusia anda
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaru sekarang dengan mencuba FREE DEMO bersama kami!
Pengurusan sumber manusia (HR) adalah salah satu aspek yang paling penting dalam memastikan kelancaran operasi sesebuah syarikat. Tanpa sistem HR yang efisien, banyak cabaran yang akan timbul. Artikel ini akan membincangkan 5 masalah besar yang akan dihadapi oleh HR jika tidak menggunakan sistem HR digital dalam menguruskan kehadiran, gaji, cuti, tuntutan dan data pekerja.
Baca dengan lebih lanjut berkenaan perbandingan yang lebih terperinci sistem HR manual VS automatik
Proses Manual yang Memakan Masa
Tanpa sistem HR digital, setiap tugas yang melibatkan data pekerja perlu dilakukan secara manual, sama ada melalui pengisian borang atau spreadsheet. Proses ini boleh memakan masa yang lama, terutama apabila perlu mengemas kini rekod kehadiran atau mengira gaji pekerja setiap bulan.
Sistem manual seperti ini tidak hanya melambatkan operasi HR, malah boleh menjejaskan produktiviti syarikat secara keseluruhan. Dengan sistem HR digital, semua data dapat diproses secara automatik, menjimatkan masa dan membolehkan HR memberi tumpuan kepada aspek lain yang lebih penting.
Tingginya Risiko Kesilapan Manual
Proses manual sering kali membawa kepada kesilapan manusia, sama ada dalam pengiraan gaji, rekod cuti atau tuntutan. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan syarikat tetapi juga boleh menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja. Misalnya, jika slip gaji pekerja salah atau permohonan cuti tertangguh, ia boleh menjejaskan hubungan antara HR dan pekerja.
Dengan sistem HR digital, banyak proses ini boleh diautomasi, mengurangkan kemungkinan kesilapan dan meningkatkan ketepatan. Selain itu, data boleh diakses secara real-time, memastikan tiada kelewatan atau kekeliruan.
Kekurangan Ketelusan dalam Pengurusan Data
Pengurusan data yang tidak teratur dan tidak telus boleh menyebabkan banyak masalah di dalam syarikat. Tanpa sistem HR yang digital, rekod pekerja seperti kehadiran, cuti, dan tuntutan mungkin disimpan dalam bentuk manual atau dokumen yang berbeza.
Kekurangan ketelusan ini boleh menyebabkan pekerja berasa tidak diberi perhatian, atau syarikat berisiko menghadapi isu-isu berkaitan undang-undang. Sistem HR digital menyediakan platform yang mudah untuk memantau dan mengakses semua rekod data dengan mudah, memastikan ketelusan dan membina kepercayaan pekerja.
Kesukaran dalam Menguruskan Pekerja dengan Lokasi Berbeza
Untuk syarikat yang mempunyai pekerja di lokasi yang berbeza atau bekerja dari rumah, pengurusan kehadiran, cuti dan gaji boleh menjadi sangat mencabar. Pekerja yang bekerja dari rumah atau di luar pejabat mungkin menghadapi kesulitan dalam melaporkan waktu kerja mereka atau memohon cuti secara efisien.
Sistem HR digital menyediakan aplikasi yang membolehkan pekerja mengakses dan merekodkan data kehadiran mereka dari mana-mana sahaja, menjadikannya lebih mudah untuk syarikat memantau prestasi pekerja tanpa mengira lokasi mereka.
Sukar untuk Membuat Laporan atau Analisis
Tanpa sistem HR digital, HR mungkin sukar untuk menghasilkan laporan yang lengkap dan tepat pada masanya mengenai prestasi pekerja, kehadiran, atau analisis gaji. Proses ini biasanya memerlukan pengumpulan data manual dari pelbagai sumber, yang bukan sahaja memakan masa, tetapi juga meningkatkan kemungkinan data yang salah atau tidak lengkap.
Sistem HR digital membolehkan HR menghasilkan laporan automatik yang tepat dan berdasarkan data yang dikemas kini secara langsung. Ini memberikan kelebihan kepada syarikat untuk membuat keputusan yang lebih baik dan strategik.
Penyelesaian kepada Masalah Ini
MesraHR adalah sistem HR digital yang membantu menyelesaikan semua masalah yang dibincangkan di atas. Dengan MesraHR, HR dapat mengautomasi proses kehadiran, pengiraan gaji, cuti dan tuntutan tanpa perlu menggunakan sistem yang berbeza. Semua data pekerja disimpan dalam satu platform yang mudah diakses dan lebih teratur.
MesraHR juga menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk memastikan kehadiran pekerja dicatat dengan tepat, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja. Sistem ini boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa, memberi fleksibiliti kepada HR dan pekerja, terutamanya bagi syarikat yang mempunyai pekerja di lokasi berbeza. Selain itu, MesraHR menyediakan laporan dan analisis secara automatik, memudahkan HR membuat keputusan yang lebih baik.
Kesimpulan
Penggunaan sistem HR digital adalah langkah yang bijak untuk syarikat yang mahu mengurangkan masalah seperti proses manual yang lambat, kesilapan dalam pengiraan data, serta kekurangan ketelusan dalam pengurusan. Dengan MesraHR, semua masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah, membolehkan syarikat menguruskan sumber manusia secara lebih cekap dan tanpa kerumitan.
Untuk lebih lanjut tentang bagaimana automasi boleh membantu dalam mengurangkan masa pengurusan, boleh baca artikel 10 cara automasi HR mengubah kecekapan di tempat kerja
Cabaran pengurusan sumber manusia terasa seperti tiada penghujung. Jom lihat kenapa dan apa yang boleh bantu mengurangkan beban anda.
Table of Contents
Masih ramai yang beranggapan kerja pengurusan sumber manusia atau lebih dikenali sebagai HR adalah mudah, anda hanya perlu menyemak kehadiran dan mengira gaji pekerja. Hakikatnya jauh berbeza bagi mereka yang sudah berada dalam dunia sumber manusia.
Cabaran yang dihadapi sumber manusia wajarlah tidak dipandang remeh. Hal ini dikatakan demikian kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap pekerja, majikan dan organisasi itu sendiri. Antara cabaran yang popular ialah sistem yang sudah lapuk, risiko kesilapan pengiraan manual, proses tuntutan dan bayaran balik yang lambat, sukar mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan dan proses berulang dan tidak sistematik.
Pengurusan sumber manusia merupakan teras penting dalam memastikan kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia yang baik memberi impak yang besar terhadap pencapaian dan daya saing sesebuah organisasi. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji cabaran pengurusan sumber manusia dan bagaimana organisasi anda boleh menanganinya secara strategik.
Cabaran Pengurusan Sumber Manusia
1. Sistem yang Sudah Lapuk
Dalam era digital yang serba pantas ini, masih terdapat banyak organisasi yang bergantung kepada sistem pengurusan sumber manusia yang sudah lapuk, seperti penggunaan fail fizikal atau perisian yang tidak mesra pengguna. Sistem seperti ini bukan sahaja memperlahankan proses kerja, malah meningkatkan risiko kesilapan data dan kehilangan maklumat penting. Selain itu, ketiadaan automasi dalam tugas-tugas asas seperti pemantauan kehadiran, permohonan cuti dan penilaian prestasi menyebabkan pengurusan tenaga kerja menjadi kurang efisien dan memakan masa.
2. Risiko Kesilapan Pengiraan Manual
Cabaran yang lain adalah risiko kesilapan pengiraan manual dari pengiraan manual seperti gaji, cuti tahunan dan penolakan EPF. Kesilapan kecil seperti memasukkan data yang salah atau menggunakan formula yang tidak tepat boleh menyebabkan isu besar seperti pembayaran gaji tidak tepat atau pelanggaran undang-undang buruh. Kesalahan ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan pekerja, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang terhadap organisasi berkenaan.
Bagi mengurangkan risiko ini, banyak organisasi kini beralih kepada sistem automasi yang lebih efisien dan mesra pengguna. Dengan sistem yang direka khusus untuk keperluan sumber manusia, pengiraan dilakukan secara automatik dan tepat berdasarkan data terkini. Tambahan pula, sistem automasi ini boleh dikonfigurasi supaya selaras dengan keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955, sekaligus memastikan pematuhan terhadap aspek penting seperti kadar bayaran minimum, waktu kerja, cuti tahunan dan potongan yang dibenarkan.
3. Proses Tuntutan dan Bayaran Balik yang Lambat
Masalah tuntutan dan bayaran balik yang lambat merupakan cabaran pengurusan sumber manusia yang sering menjadi punca ketidakpuasan dalam kalangan pekerja. Proses manual yang berbelit-belit, borang yang perlu dicetak dan dihantar secara fizikal boleh menyebabkan kelewatan yang tidak sepatutnya. Hal ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kakitangan yang menunggu bayaran, tetapi juga mencerminkan ketidakcekapan organisasi dalam menguruskan hal ehwal dalaman.
Penyelesaian segera dengan memperkemas sistem dan meningkatkan kecekapan operasi amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan pekerja sentiasa terpelihara. Dengan menggunakan platform pengurusan HR, proses tuntutan boleh dilakukan secara dalam talian, dengan rekod dan status bayaran yang mudah dijejak oleh semua pihak yang terlibat.
4. Sukar Mendapatkan Laporan Segera
Antara cabaran pengurusan sumber manusia termasuklah kesukaran mendapatkan laporan segera untuk pihak atasan. Hal ini sering berlaku apabila data berkaitan pekerja seperti kehadiran, prestasi atau jumlah tuntutan tidak dikumpul dan dikemas kini lagi. Ketiadaan sistem digital yang menyeluruh memaksa pegawai HR menyediakan laporan secara manual yang memakan masa. Ini menyebabkan pihak atasan tidak dapat membuat keputusan penting dengan cepat dan berkesan.
Tambahan pula, data yang tersebar di pelbagai platform atau format menyukarkan proses penggabungan maklumat secara menyeluruh. Akibatnya, proses analisis menjadi lambat, dan pihak pengurusan terpaksa menunggu laporan lengkap untuk mengambil tindakan strategik. Bagi mengatasi masalah ini, organisasi perlu melabur dalam sistem HR digital yang dapat menghasilkan laporan secara automatik dan tepat pada masanya.
Kenali perbezaan sistem HRIS dan HRMS di sini.
5. Proses Berulang dan Tidak Sistematik
Cabaran pengurusan sumber manusia yang paling kritikal ialah proses berulang dan tidak sistematik. Tugas seperti pengurusan cuti, kemaskini maklumat pekerja, dan pemantauan prestasi sering kali dilakukan secara manual dan berulang tanpa adanya integrasi sistem yang menyeluruh. Ini bukan sahaja menambah beban kerja pegawai sumber manusia, tetapi juga meningkatkan risiko ralat serta menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan tugasan harian.
Selain itu, proses yang tidak diselaraskan juga berisiko menimbulkan kesilapan data dan kelewatan komunikasi antara jabatan. Ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan operasi malah boleh mengundang rungutan daripada pekerja dan pengurusan. Bagi menangani masalah ini, organisasi perlu beralih kepada platform pengurusan sumber manusia seperti MesraHR yang lebih tersusun dan mesra pengguna bagi memastikan setiap proses dijalankan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan.
Kesimpulan
Cabaran pengurusan sumber manusia perlulah diambil serius kerana ia secara langsung memberi kesan kepada prestasi, keberkesanan operasi dan kelangsungan sesebuah organisasi.
Semua cabaran sumber manusia telah mengajar kita untuk mengikut transformasi digital dimana sistem yang sudah lapuk tidak lagi relevan dalam era teknologi masa kini. Pentingnya automasi bagi mengurangkan kesilapan manusia untuk mengelakkan kepercayaan pekerja tercalar dan kerugian dalam organisasi.
Mengatasi cabaran pengurusan sumber manusia yang strategik memerlukan pendekatan jangka panjang namun anda kini boleh menggunakan platform pengurusan sumber manusia, MesraHR.